welcome

selamat datang kepada pembaca-pembaca blog ku

Saturday, 5 November 2011

PENGENALAN FRIM


Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia @ Forest Research Institute Malaysia (FRIM) merupakan antara institusi terulung dalam penyelidikan perhutanan tropika, dalam dan luar negara. Diasaskan oleh seorang saintis perhutanan berbangsa British pada tahun 1929, FRIM yang dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan (IPP) merupakan institusi penyelidikan perhutanan terawal di Malaysia dengan Dr. W. Foxworthy sebagai ketua pegawai penyelidiknya yang pertama.

 FRIM kemudiannya menjadi sebuah badan berkanun di bawah Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia pada tahun 1985 dan diletakkan di bawah Kementerian Perusahan Utama sebelum berpindah ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada tahun 2004. 


Terletak di Kepong sejauh 16 km barat laut Kuala Lumpur dengan keluasan 600 hektar, ia di kelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong. (Institut ini juga telah dinobatkan sebagai mempunyai sistem pengurusan yang berkualiti MS ISO 9001:2000) dan diketuai oleh Ketua Pengarah Dato’ Dr. Abdul Latif Mohmod.

FRIM menggalakkan pengurusan secara berkekalan dan penggunaan optimum sumber-sumber hutan dengan menjana pengetahuan dan teknologi melalui penyelidikan, pembangunan dan aplikasi. Kepakaran kakitangannya dalam pelbagai bidang serta keupayaan memenangi anugerah penyelidikan dan kerjasama di peringkat antarabangsa telah membolehkan FRIM menempah nama dalam bidang perhutanan tropika.

No comments:

Post a Comment