welcome

selamat datang kepada pembaca-pembaca blog ku

Monday, 28 November 2011

Eksperimen 1 (terus membesar)








 HARI KE 2



Eksperimen bermula pada hari Isnin 27 November 2011.
Kacang telah bertukar warna kepada kemerah-merahan.
Selain itu juga, beberapa ekor semut telah mengharungi kacang-kacang di dalam gelas kaca.








 HARI KE 4


Kacang mula bertukar warna menjadi hitam dan sedikit berlubang










HARI KE 6 & 7



Kacang telah bertukar warna menjadi kehitam -hitaman.
Warna tisu juga bertukar warna coklat dan hitam.

Thursday, 24 November 2011

Lawatan ke Zoo Negara


Selamat datang ke Zoo Negara








mula mula masuk jek dah nampak kak fah @ zirafah 








gajah yang comel






flamingo




Saturday, 5 November 2011

KEMPEN BERKAITAN ALAM SEKITAR

FRIM RAIKAN HARI ALAM SEKITAR DUNIA



17 Jun 2011 (Jumaat) – Seramai 400 orang pengunjung telah menyertai program  Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia  yang dianjurkan oleh  Institut  Penyelidikan  Perhutanan  Malaysia  (FRIM)  yang  bertemakan  “Hutan  Berkhidmat  untuk  Anda” di kampus utamanya di  Kepong  pada 11 Jun 2011. 

Tarikh pelancaran bermula dari 11 Jun 2011 sehingga 17 Jun 2011.

Tahun ini, FRIM menawarkan beberapa aktiviti-aktiviti menarik untuk penyertaan ramai  termasuk Eco Fun WalkGuided Nature Walk, Pertandingan Mewarna dengan sesi bercerita untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang dilaksanakan bersama Erra Art Club, serta Jualan Car Boot pelbagai barang-barang terpakai seperti kasut, beg, pakaian dan kraftangan. 

Kegiatan paling popular ialah Guided Nature Walk iaitu aktiviti jelajah denai alam berpandu yang telah meraih penyertaan hampir 200 orang termasuk golongan ibu bapa bersama  anak-anak, kumpulan belia dan juga pihak media. 

Pemandu pelancong alam FRIM telah membawa mereka meneroka Denai Keruing dalam kumpulan seramai 12 hingga 30 orang selama 45 minit dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Antara lain, mereka telah dapat mempelajari serta melihat tumbuh-tumbuhan menarik serta pemandangan “Avatar” dan fenomena “Crown Shyness” yang menakjubkan.   

Pelancaran Program Sambutan Hari Alam Sekitar ini telah dirasmikan oleh Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah FRIM, di Taman Botani Kepong di mana beliau juga telah melepaskan para peserta Eco Fun Walk.

Dalam ucapannya, beliau memperingatkan orang ramai tentang pentingnya usaha pemuliharaan hutan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan yang penting untuk kesejahteraan hidup kita termasuk menyerap karbon, membekalkan oksigen dan menyediakan pelbagai produk penting.

Dato' Dr Latif Mohmod  juga menerangkan langkah-langkah yang telah diambil oleh FRIM untuk memantapkan lagi usaha perlindungan kawasan hutannya termasuk memperolehi  status Warisan Semula Jadi dan rancangan masa hadapannya untuk memastikan hutan ini berkekalan melalui penjualan kredit karbon, antara lain.

Beliau turut melancarkan Staff Development Programme FRIM-HSBC on Forests and Climate Change dengan sumbangan HSBC Bank Malaysia Berhad sebanyak RM26,000.

Projek ini akan membolehkan kakitangan bank tersebut untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan yang dijalankan di Stesen Penyelidikan Pasoh FRIM, Negeri Sembilan. Kakitangan bank akan dapat mempelajari tentang peranan hutan dalam mengurangkan perubahan iklim dan ini membolehkan mereka membuat sumbangan yang lebih berkesan kepada masyarakat.

Bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia, semua pengunjung FRIM diberi perlepasan bayaran masuk sepanjang hari itu.

PENGENALAN FRIM


Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia @ Forest Research Institute Malaysia (FRIM) merupakan antara institusi terulung dalam penyelidikan perhutanan tropika, dalam dan luar negara. Diasaskan oleh seorang saintis perhutanan berbangsa British pada tahun 1929, FRIM yang dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan (IPP) merupakan institusi penyelidikan perhutanan terawal di Malaysia dengan Dr. W. Foxworthy sebagai ketua pegawai penyelidiknya yang pertama.

 FRIM kemudiannya menjadi sebuah badan berkanun di bawah Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia pada tahun 1985 dan diletakkan di bawah Kementerian Perusahan Utama sebelum berpindah ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada tahun 2004. 


Terletak di Kepong sejauh 16 km barat laut Kuala Lumpur dengan keluasan 600 hektar, ia di kelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong. (Institut ini juga telah dinobatkan sebagai mempunyai sistem pengurusan yang berkualiti MS ISO 9001:2000) dan diketuai oleh Ketua Pengarah Dato’ Dr. Abdul Latif Mohmod.

FRIM menggalakkan pengurusan secara berkekalan dan penggunaan optimum sumber-sumber hutan dengan menjana pengetahuan dan teknologi melalui penyelidikan, pembangunan dan aplikasi. Kepakaran kakitangannya dalam pelbagai bidang serta keupayaan memenangi anugerah penyelidikan dan kerjasama di peringkat antarabangsa telah membolehkan FRIM menempah nama dalam bidang perhutanan tropika.

FRIM

TUJUAN


  • Merancang dan melaksanakan penyelidikan bagi pembangunan sektor perhutanan dan pemuliharaan sumber hutan


  • Memperolehi dan menyebarkan maklumat hasil penyelidikan bagi meningkatkan pengurusan hutan dan penggunaan hasil hutan

  • Mengadakan hubungan kerjasama penyelidikan dan pembangunan perhutanan dengan badan-badan dalam dan luar Malaysia.